Revolusi penjagaan obesiti dan diabetes dalam komuniti bersama-sama Updated32
Roczen Universal merupakan intervensi kesihatan digital yang direka khas untuk membantu anda mengawal obesiti dan kencing manis jenis 2
Kenali Roczen Universal
Satu program kesihatan dalam talian oleh Reset Health secara percuma, memfokuskan obesiti and kencing manis, secara usahasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kebaikan Menyertai
Akses kepada sumber dipilih susun pakar kesihatan untuk memampankan perubahan gaya hidup sihat anda
Akes kepada doktor dan Pasukan Kesihatan Metabolik melalui Forum Komuniti
Acara langsung - sihat, segak dan sejahtera sebagai satu komuniti
Pantau tahap kesihatan anda secara dalam talian melalui Dashboard
Apa Yang Anda Perlukan
Internet untuk anda akses laman web Roczen Universal
Motivasi untuk jadi lebih sihat
Kumpulan Penilaian Program (Programme Evaluation Group - PEG)
Sertai Kumpulan Penilaian Program untuk menyumbang ke arah kebaikan bersama!
Faedah Peserta PEG
Menjadi penyumbang aktif dalam program kesihatan awam yang pertama seumpamanya di Malaysia
Akses kepada doktor dan pasukan Roczen sepanjang tempoh program
Pemantauan berkala percuma indeks jisim badan (BMI), ukurlilit pinggang, tekanan darah dan HbA1c
Perolehi ganjaran bila anda berubah jadi lebih sihat
Komitmen peserta PEG
Bersedia mengikuti program ini selama tempoh 1 tahun
Sertai acara komuniti "live" Roczen Universal dan rekodkan maklumat kesihatan anda dengan pasukan kami
Reset kesihatan anda bersama kami
Lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut tentang kriteria PEG
Datanglah beramai-ramai ke majlis pelancaran kami!
Majlis Perasmian oleh YMBK Datuk Dr Dzulkefly Ahmad
Tarikh: Sabtu, 16 Ogos 2025
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat: Rails & River Event Space, Batu Caves
RSVP sekarang dan jumpa anda di sana!
Pendaftaran
Sebelum mendaftar, ketahui perkara-perkara ini
Roczen Universal terbuka kepada semua. Jika anda penduduk Gombak, anda berpeluang untuk sertai Kumpulan Penilaian Program (PEG). Nyatakan minat anda dalam proses pendaftaran dan pasukan kami akan hubungi anda.
Program ini ditujukan buat orang dewasa. Namun, perubahan positif dengan mengikuti program Roczen Universal boleh merangkumi seluruh ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak.
Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, kami syorkan agar anda berjumpa dengan doktor anda sebelum melakukan intervensi gaya hidup dalam Roczen Universal.
Sertai Roczen Universal
Isi butiran anda untuk mulakan perjalanan kesihatan anda
Obesiti bukan terjadi semata-mata akibat makan berlebihan dan kurang bergerak, tetapi adalah satu masalah kesihatan yang kompleks dan kronik, yang turut dipengaruhi faktor genetik, alam sekitar dan sosial. Obesiti berlaku apabila berat badan adalah berlebihan, dan boleh meningkatkan risiko untuk pelbagai penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung dan kanser.
Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Roczen Universal didatangkan percuma oleh Reset Health dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Roczen Universal terbuka kepada semua.
Peserta program akan mendapat akses kepada pelbagai sumber kesihatan untuk membantu peserta memantapkan proses membuat pilihan gaya hidup sihat, ke arah pengawalan berat badan dan paras gula yang lebih ideal. Dalam pengalaman kami, tahap kesihatan individu yang berjaya "reverse" obesiti dan diabetes biasanya berubah ke arah yang lebih baik.
Sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum melakukan perubahan gaya hidup. Jika anda rasa tidak sihat semasa percubaan perubahan gaya hidup, jumpalah doktor anda.
Program Roczen adalah program pengurusan gaya hidup yang intensif dan berbayar, yang merangkumi konsultasi doktor bulanan dan bimbingan mentor, untuk individu atau pesakit yang dirujuk oleh doktor mereka. Program ini juga terbuka kepada staf dari organisasi di mana kosnya ditanggung oleh majikan di bawah budget kesihatan syarikat atau melalui skim HRDCorp-Claimable SBKL-Khas.
Manakala Roczen Universal adalah sentuhan yang lebih ringan berasaskan program Roczen, yang disampaikan secara digital kepada komuniti Gombak secara percuma.
PEG adalah kumpulan khas peserta Roczen Universal dari daerah Gombak yang akan menjalani pemantauan berat badan, BMI, ukurlilit pinggang, tekanan darah dan paras HbA1c berkala dalam tempoh 1 tahun.
Data peserta adalah rahsia and laporan akan dibuat berdasarkan keputusan keseluruhan untuk menilai program Roczen Universal. Maklumat anda selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Ya, ada beberapa syarat penyertaan bagi membolehkan kami menjalankan kajian yang kukuh. Kriteria utama adalah anda merupakan seorang dewasa, menetap di Gombak dan mempunyai masalah obesiti. Nyatakan minat anda dalam proses pendaftaran dan pihak kami akan hubungi anda untuk maklumat lanjut.
Penyertaan menjadi PEG hanya dibuka sehingga majlis pelancaran program Roczen Universal pada 16 Ogos 2025. Selepas itu penyertaan PEG akan ditutup. Namun begitu, anda masih boleh menjadi peserta am program yang tidak dipantau.
Penyertaan PEG juga tertakluk kepada beberapa syarat lain di mana sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan lain (dengan memilih Ya sebagai jawapan kepada mana-mana soalan berkenaan kesihatan anda semasa penyertaan, anda berpotensi tidak dimasukkan ke dalam kumpulan PEG.
Tujuan utama PEG adalah untuk membuktikan keberkesanan program Roczen Universal dalam tempoh satu tahun. Anda digalakkan untuk mengikut nasihat perubahan gaya hidup oleh pasukan kami.
Ya, semua peserta PEG perlu hadiri kesemua 5 acara Roczen Universal yang akan berlangsung di Gombak, kerana ukuran biometrik and ujian darah akan dijalankan di acara-acara tersebut.
Peserta PEG boleh lakukan ujian darah HbA1c di acara komuniti kami.
Pihak Reset Health akan menanggung kos ujian darah HbA1c yang diambil pada permulaan, bulan ke-6 dan bulan ke-12 program untuk peserta PEG di acara komuniti. Namun, jika anda tidak dapat hadiri acara tersebut, anda boleh lakukan ujian tersebut di klinik pilihan anda, di mana kos adalah di bawah tanggungan anda. Kami terima keputusan HbA1c yang disahkan oleh makmal.
Ya, data kesihatan anda akan dipaparkan pada Dashboard anda dalam laman web Roczen Universal.
Kami berharap anda dapat meneruskan program ini untuk menikmati ganjaran kesihatan dan manfaat lain. Namun, jika anda ingin menarik diri dari program ini, sila hubungi kami untuk langkah seterusnya.